Pes Kari Ayam Indah PestaNur dihasilkan dari gabungan kisaran ramuan bahan berkualiti dan segar seperti cili, serbuk kari, bawang putih, serai dan lengkuas. Gabungan ramuan istimewa ini menjanjikan rasa kari ayam yang paling asli dan enak yang pernah anda nikmati.
Dengan langkah semudah ABC, anda pasti dapat menyediakan kari ayam yang mempunyai tekstur yang pekat, kaya dengan rempah kari dan cili dalam tempoh masa 20 minit setanding masakan rumah.
Pes Kari Ayam ini dihasilkan tanpa tambahan MSG, pewarna dan pengawet tiruan dimana menjadi pilihan yang lebih sihat. Sesuai dijadikan sebagai hidangan utama atau sampingan seperti pencicah roti jala.
Kelebihan:
- Kuah pekat & kaya rempah
- Rasa autentik seperti masakan rumah
- Tanpa MSG & bahan tiruan
Masa Masak: ±20 minit
Sesuai untuk:
- Hidangan utama
- Cicah roti jala