Pes Asam Pedas Indah PestaNur dihasilkan dari gabungan kisaran ramuan bahan berkualiti dan segar seperti bawang, serai, lengkuas, cili, kunyit, gula melaka, asam jawa dan belacan. Gabungan ramuan istimewa ini menjanjikan rasa asam pedas yang paling asli dan enak yang pernah anda nikmati.
Rasanya bukan sahaja pedas tapi juga kaya dengan rasa masam dari asam jawa membuatkan anda lebih berselera menikmatinya bersama ikan kegemaran anda dalam tempoh masa 15 minit. Untuk menjadikan sajian ini lebih sihat, tambahan sayur-sayuran seperti bendi, tomato dan terung pasti melengkapkan lagi sajian ini.
Kelebihan:
- Rasa pedas & masam seimbang
- Aroma tradisional yang kuat
- Siap dalam 15 minit sahaja
Cadangan Hidangan:
- Ikan asam pedas
- Tambah bendi, tomato, terung untuk lebih sihat